Thursday, 17 July 2014

PRAKATA- 2

GFLM adalah format yang sangat  berguna dalam membantu pelajar-pelajar untuk menghafal fakta bagi setiap bab. Mengingati fakta boleh menjadi mudah, jika mereka dapat menguasai setiap bab dengan membuat latihan yang disediakan pada akhir setiap bab. Kegagalan mereka dalam menguasai setiap bab akan mengakibatkan mereka  menghadapi masalah dalam mengingati semua fakta utama serta pemahaman yang mendalam bagi setiap bab.

Salah satu masalah utama bagi pelajar-pelajar dalam menjawab soalan esei adalah kesamaran dalam mengenal pasti fakta yang tepat. Oleh itu, GFLM akan membimbing mereka untuk mudah mengenal pasti isi penting yang diperlukan dan disusun mengikut urutan yang betul.

GFLM telah diamalkan oleh lebih daripada 50 buah sekolah, kolej, politeknik dan universiti-universiti di seluruh Malaysia. Selain itu, beberapa organisasi juga telah memberi penekanan terhadap GFLM dalam memberi khidmat masyarakat mereka seperti ECER, EMPOWER, MRSM dan institusi pengajian tinggi yang lain.

GFLM telah memenangi beberapa anugerah, paten terbaik dan juga memenangi 2 Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), 1 prototaip geran (PRGS) dan 1 geran masyarakat (KTP). Testimoni daripada beberapa sekolah, kolej, MRSM dan universiti menunjukkan bahawa format ini adalah sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran belajar dan prestasi akademik pelajar-pelajar.

Oleh itu, untuk mendapat gred A dalam peperiksaan, pelajar-pelajar perlu melakukan banyak latihan dan ulang kaji. Untuk menjadi lebih cemerlang, pelajar dinasihatkan sentiasa membuat latihan dengan mengingati semua fakta utama yang dinyatakan dalam GFLM dan membuat penilaian tentang tahap kefahaman bagi setiap topik. Dengan usaha yang ditunjukkan, para pelajar akan mendapat gred A seperti yang mereka inginkan.

No comments:

Post a Comment