Thursday, 17 July 2014

PRAKATA - 1

Kemahiran orientasi belajar merupakan sesuatu kemahiran yang sangat diperlukan oleh semua pelajar untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang. Boleh dikatakan semua pelajar berpencapaian tinggi mempunyai kaedah belajar yang cemerlang yang sesuai untuk dirinya sendiri. Kemahiran belajar mereka mungkin berbeza daripada orang lain atas konsep dan prinsip perbezaan individu, perbezaan proses pertumbuhan dan perkembangan, latarbelakang keluarga dan keturunan.

Memahami dan mempraktis kemahiran belajar yang betul akan menjimatkan masa belajar, dapat membuat keputusan yang tepat, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri, dapat menguasai ilmu dengan lebih mudah justeru itu tidaklah mereka berada dalam keadaan tekanan negatif yang merosakkan, Salah satu kemahiran orientasi belajar yang dikira paling mustahak ialah kemahiran mencatat nota.

Kaedah pembelajaran Format Ghani (GFLM) merupakan salah satu kaedah kemahiran mencatat nota berlandaskan kepada konsep rumit dipermudahkan, pengetahuan kompleks diringkaskan kepada unit-unit kecil. Unit-unit pengetahuan inilah yang akhirnya digunakan untuk menjawab segala kesukaran pengetahuan mengikut aturannya supaya mudah  pula individu itu mengingati fakta pengetahuan tersebut. Pepatah mengatakan bahawa hidup ini perlu dipermudahkan, hidup ini hanya sementara, sebelum sesuatu perkara itu dimulakan dengan melakukan fasa mudah ke fasa  kompleks untuk mengelakkan putus asa dan kecewa. "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".


No comments:

Post a Comment